Monday, September 5, 2011
Tuan Haji selepas raya
Aku hairan sebab tahun ini nampaknya tuan haji balik awal dan mula bekerja pada hari isnin. Pada kebiasaannya dia akan mengambil cuti panjang hari raya. Sebaik saja aku sampai aku lihat keretanya sudah tersadai di bawah baik punya porch (orang lain tak boleh masuk). Aku menghantar sms kepadanya tapi dia tak membalas
Saturday, September 3, 2011
Gua Musang
Pekan Gua Musang adalah bandar terakhir di selatan Kelantan. Aku masih ingat ketika aku masih bersekolah rendah, untuk ke pekan ini terpaksa menaiki keretapi yang menggunakan arang batu. Masa itu tahun 1970an dan ancaman komunis masih berleluasa. Jadi tidak hairan kalau bandar Gua Musang dipenuhi dengan anggota PPH (Pasukan Polis Hutan@field force)serta anggota tentera yang menjalankan operasi membenteras pengganas komunis. Satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan ialah bagaimana aku terserempak dengan orang asli yang memakai cawat dan memikul sebatang buloh dan berjalan di tengah-tengah bandar Gua Musang.
Subscribe to:
Posts (Atom)