Thursday, January 2, 2014

Ekspedisi Terpaksa

Semalam aku turun lagi ke Raub kerana hantar anak balik asrama Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (Semesta). Jadi macam biasa, gunakanlah jalan Lembah Bertam-Ringlet yang belum siap tapi boleh dilalui. Cuma jangan lalu masa hujan takut sangkut. Jam dah menunjukkan pukul lima petang, aku beritahu isteriku kita kena cepat takut hujan di jalan tersebut. kalau dah sangkut alamat kena tidur kat situ tunggu esok pagi minta tolong pekerja jalan (biasanya Bangla dan Nepal) atau orang asli menolak kereta. Aku pun apa lagi memecut ajelah di sepanjang jalan Pos Betau.Itu adalah kenangan yang lepas semasa jalan itu dalam pembinaan. Sekarang keadaan sudah berbeza. Jalan sudah siap sepenuhnya dan tiada lagi kerisauan akan hujan bakal turun lalu mengendalakan perjalananku. Walaupun masih terdapat runtuhan yang masih belum diperbaiki di beberapa tempat, namun ia tidak menghalang kelancaran perjalanan. Kalaulah jalan ini masih belum dibina dan aku terpaksa menggunakan jalan Gua Musang, mungkin aku tidak akan menghantar anakku belajar di sana.

No comments:

Post a Comment